? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sabtu, 11 April 2009

KEPENTINGAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab sama ada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan daripada kita masih ada yang mengeluh mengatakan bahawa tidak dapat menguasai secara menyeluruh untuk berbahasa Arab.
Pelbagai persoalan yang wujud di minda antaranya:
- Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab?
- Apakah tips yang mudah untuk menguasai Bahasa Arab?
- Adakah teknik mudah untuk mempelajari Bahasa Arab?
- Siapakah yang boleh membantu untuk mempelajari Bahasa Arab?
- Berapa lamakah pula masa yang diperlukan?
- Adakah Bahasa Arab ini mudah dipelajari?
Secara umumnya, jika kita tahu teknik dan kaedah yang betul serta sesuai untuk mempelajarinya tidak mustahil untuk kita mahir dalam Bahasa Arab. Bayangkan setiap hari kita membaca Al-Quran, tanpa kita sedari kita telah menyebut sehingga berpuluh-puluh sehingga ratusan perkataan dalam Bahasa Arab tanpa kita sedari kerana bahasa Al-Quran merupakan Bahasa Arab. Alangkah bagus dan indahnya sambil membaca Al-Quran sambil kita mengenal Bahasa Arab. Itu pada peringkat awal untuk kita mengenal Bahasa Arab, seharusnya kita perlu ada pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk kita mempelajari Bahasa Arab secara mendalam dan mudah.
Bahasa Arab seperti juga bahasa-bahasa lain mempunyai empat proses pembelajaran kemahiran, iaitu pendengaran, pembacaan, penulisan dan pertuturan (komunikasi). Antara empat proses ini, pertuturan (komunikasi) adalah atu elemen terpenting untuk menguasai kemahiran berbahasa Arab. Ia adalah satu perantaraan yang paling berkesan bagi setiap individu untuk menyampaikan idea yang berbentuk lisan. Penguasaan seseorang terhadap Bahasa Arab bermakna kebolehan atau kewibawaannya untuk bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab secara spontan. Tanpa keupayaan ini, maka proses komunikasi dan interaksi antara individu dan masyarakat tidak akan terlaksana dengan sempurna.

0 ulasan: