Menurut Siti Ikbal Sheikh Salleh dalam seminarnya, antara cadangan yang boleh diketengahkan untuk mempertingkatkan penguasaan pertuturan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar ialah:
i. Pelajar perlu menanamkan minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Arab seberapa daya yang boleh dengan tujuan untuk menggilap dirinya berupaya bertutur Bahasa Arab.
ii. Pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Arab.
iii. Pelajar wajar mengambil inisiatif yang lebih aktif untuk memehami tatabahasa Arab dan memperbanyakkan perbendaharaan kata Arab melalui pelbagai media cetak seperti buku-buku cerita pendek, akhbar, majalah serta kamus Arab dan sebagainya.
iv. Pelajar perlu yakin pada diri sendiri untuk bertutur Bahasa Arab sesama kawan dan juga guru tanpa rasa malu dan takut.
v. Pelajar perlu menyertai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Persatuan Bahasa Arab seperti pertandingan pidato, debat, kuiz, persembahan, dan sebagainya.
vi. Guru wajar menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya ketika mengajar untuk membiasakan pelajar menjiwai dan memahami apa sahaja pengajaran yang disampaikan dalam Bahasa Arab dan tidak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kecuali jika terdapat masalah yang sukar difahami.
vii. Guru hendaklah mewajibkan pelajar mempraktikan Bahasa Arab yang termampu oleh mereka dalam semua sesi persoalan dan perbincangan yang diadakan di dalam kelas.
viii. Guru perlu memberi motivasi dan menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan Bahasa Arab dalam kehidupan mereka seharian antara sesama pelajar dan guru-guru sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan