? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Isnin, 6 April 2009

REFLEKSI 4

Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Pada awalnya kami excited untuk membuat CD-Courseware Interaktif dalam bentuk flash. Kemudian bila dah susun isi/ content rasa macam blur plak sebab rasa terlalu banyak hendak dibuat sedangkan masa yang diperuntukan terlalu singkat. Mula lah bingung macam mana nak buat story board. Tetapi dengan gabungan 5 kepala baru nampak jelas. Pada asalnya lakar untuk story board tidak sama bila dah jadi user manual. Saya sebagai multimedia specialist pening rasa nak muntah nak siapkan semua ni. Banyak test and error. Tapi tak mengapa sebab ada 4 teman sekumpulan sanggup berjaga malam untuk siapkan projek kami.. Pada jam 11:00 pagi bertarikh 2/4/2009 tiba-tiba printer rosak sebab terlalu banyak pages storyboard dan user manual untuk diprint. Apalagi kelam kabut sampai jam 3 petang sepatutnya kami sudah berada di dalam makmal komuter untuk membentangkan hasil projek kumpulan kami. Lebih kurang pukul 3:15 p.m saya, shida dan kak linda sampai ke makmal sedangkan pada masa itu wahida dan diana gelabah kerana menunggu kami. Walaupun keadaan tegang ketika itu, kami rasa tenang setelah melihat muka Ustaz Azrul cool dan tenang menunggu kami, kenapa tidak kami kumpulan yang first kena bentang, jadi semua orang tertunggu kedatangan kami. Hehehe.... Sikap Ustaz Azrul yang selalu bersangka baik membuat kami tidak gelabah untuk terus membentangkan hasil projek kami. Itu lah salah satu sikap Ustaz yang menyenangkan hati kami semua. Kami seronok sangat belajar dengan Ustaz Azrul kerana setiap kelas kami tak rasa tertekan walaupun kerja yang ditugaskan pada kami agak mentensionkan kami pada awalnya tetapi meninggakan kenangangan yang bermakna buat kami.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Sudah pasti CD-Courseware Interaktif Haji dan Panduan Haji itu nanti boleh membantu saya untuk praktikum jika ditakdirkan tempoh tersebut mengajar pelajar Tingkatan Empat dan tajuk Haji yang perlu diajar. Secara keseluruhannya CD-Courseware tersebut boleh menerangkan konsep Haji dan pelajar boleh mempelajari sendiri dan mengulangkaji di rumah kerana semua elemen multimedia dimasukkan untuk memudahkan pelajar faham.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

YA....saya sangat bersetuju sekali kerana:
- mudah untuk dinilai
- mengikut skala Likert

0 ulasan: