Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2005), satu rombakan yang berlaku dalam industri pendidikan di negara ini ialah disebabkan pengaruh dan kemajuan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Era ICT juga mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran tanpa sempadan dan pembelajaran maya. Perubahan dan kemajuan ICT yang berlaku dengan pesat memberi cabaran baru kepada profesion seorang guru dan pendekatan mengajar yang bersifat konvesional dan tradisional yang masih bergantung pada penjadualan yang rigid, organisasi pembelajaran terikat dalam bilik darjah dan bergantung kepada guru sabagai penyampai ilmu pengatahuan. Revolusi teknologi ICT memerlukan sekolah dan profesion keguruan mengadaptasikan sistem dan pendekatan belajar yang lebih fleksibel, dinamik, mudah dihubungi, interaktif dan pembelajaran kolaboratif. Pengajaran dan pembelajarn ’on-line’ akan membolehkan sesuatu pembelajaran berlaku dengan lebih mdah di antara pelajar dan guru. Sesuatu kemusykilan tentang pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar akan mudah mendapat bantuan dan bimbingan personal daripada guru. Bagaimanapun, guru perlu cekap, responsif, mesra dan komited terhadap pembelajaran ’on-line’.
Transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru untuk melaksanakan pembaharuan ini, guru perlu bersedia menyahut cabaran dan melaksanakannya di sekolah. Ini memerlukan program latihan guru yang intensif dan eksensif dilancarkan bagi melatih semua guru-guru supaya mahir dan pakar bagi melaksanakan pengajaran berasaskan komputer. Latihan guru perlu memberikan keutamaan bagi merangka kurikulum berasaskan perkakasan ICT dan multimedia supaya guru dapat melaksanakan tugas pembelajaran ICT ini dengan lebih berkesan. Kemudahan infrastuktur termasuk rangkaian ICT ke bilik darjah dan ke bilik komputer perlu diselenggarakan dengan cekap dan terancang. Pendidikan terancang dan pendidikan terbuka kepada pencarian maklumat melalui komputer memerlukan kepimpinan komputer pendidikan yang lebih mahir dan profesional.
Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan