Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?
Salah satu matlamat utama ICT dalam pembangunan negara ialah membentuk model sekolah bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia. Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan peralatan multimedia/ komputer yang terkini dan pelajar didedahkan kepada penggunaan internet, web-site, on-line, e-mail, e-learning dan pendekatan kaedah berasaskan penggunaan komputer. Pembelajaran interaktif dan kolaboratif mencorakkan pendekatan belajar di sekolah bestari membolehkan proses interaksi berlaku dengan dinamis. Selain itu pembelajaran independent diamalkan untuk membentuk kekuatan individu supaya dapat melakukan sesuatu pembelajaran tanpa bergantung pada orang lain.
Jika saya sebagai guru yang berkebolehan dalam mengendalikan ICT saya boleh membantu dan menggalakkan guru-guru lain supaya ikut serta untuk membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya saya boleh:
i) Memberi pendedahan kepada alam perkomputeran perlu dilakukan pada peringkat awal secara sistematik dan terancang agar budaya perkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yan lebih positif.
ii) Menyeru guru perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta perkembangan terkini ICT jika tidak kita akan keciciran.
iii) Menekankan tentang kepentingan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan pendidian.
iv) Membangunkan MySchoolNet, menyediakan kemudahan untuk mengakses internet dan pelbagai kemudahan ICT.
v) Guru perlu merancang pembelajaran yang menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar dengan menggunakan perkakasan yang membolehkan pelajar berinteraktif dengan bahan pembelajaran tersebut.
vi) Menggalakkan guru mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan multimedia seperti perisian pembelajaran @ courseware, power-point mampu memberi kesan positif kepada perkembangan minat pelajar.
Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan