Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?
,kebiasaan mengakses internet, kebolehan berkerjasama di dalam kumpulan, interaksi yang positif bersama ahli kumpulan, alert dengan arahan
2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?
Ini merupakan kali pertama saya menggunakan kaedah pembelajaran atas talian secara serius dan betul-betul. Sebelum ini saya hanya sekadar muat turun nota kuliah yang diajar pensyarah di dewan kuliah. Saya tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah lain. Tetapi untuk subjek Multimedia Pendidikan Islam ADEC telah banyak memberi manfaat kepada saya walaupun pada mulanya saya tidak menyukainya kerana saya tidak mempunyai broadband sendiri untuk selalu mengakses internet di rumah. Masalah kecil seperti hendak ke Cyber Café menjadi masalah besar bagi saya. Tetapi sekarang baru saya sedar ADEC banyak memberi manfaat yang baru kepada saya. Segala bahan dan sumber yang terdapat sudah mencukupi sebagai permulaan langkah bagi saya untuk membolehkan sesuatu pembelajaran berlaku dengan lebih mudah antara saya dengan pensyarah. Segala permasalahan tentang pembelajaran akan mudah mendapat bantuan daripada pensyarah kami iaitu Ustaz Azrul Azlan. Terima kasih Ustaz....
3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?
Pengajaran dan pembelajaran secara atas talian akan membolehkan sesuatu pembelajaran berlaku denganlebih mudah di antara pelajar dan guru. Sesuatu kemusykilan tentang pemelajaran yang dihadapi oleh pelajara akan mudah mendapat bantuan dan bimbingan personal daripada guru. Bagaimanapun, guru perlu cekap, responsive, mesra dan komited terhadap pembelajaran atas talian. Guru perlu merancang pembelajaran yang menarik minat dan membolehkan pelajar berinteraktif dengan bahan pembelajaran yang disediakan guru. Reka bentuk kurikulum dan aktiviti pembelajaran bersifa interaktif perlu dirangka bagi mengembankan pemikiran kritis dan kreatif pelajar.
Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan